Tuesday, October 1, 2013

Perkhidmatan Sistem PA

Kami menyediakan perkhidmatan sistem PA ala bajet untuk majlis2 keramaian seperti:

Kenduri kahwin, 
Hari keluarga,
Sukaneka,
Reunion,
Dinner
dan lain2...

Sistem sempoi kami...



Bersama Dj kami...

 
Bayaran perkhidmatan boleh dirunding.

Keutamaan lokasi Melaka dan kawasan2 yang berhampiran.

Sila hubungi :

call/msg/whatsapp/bbm
012-9189676 | Fensa
emel : gtfendy@gmail.com


Sebahagian koleksi foto...






Hukum Bermain Alat Muzik

Soalan

Salam saya ingin bertanya, apakah hukum bermain muzik gitar seperti di forum-forum yg banyak dilakukan sekarang..ada yg mengatakan bahawa alat bertali itu haram..dan ada sesetengah menghalalkan..jika kita menghalalkannya adakah boleh jatuh kufur..

Jawapan

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Sebenarnya mengenai hukum bermain alat muzik yang bertali atau bertip seperti gitar dan lainnya tidak ada sebarang nas atau dalil yang jelas menyebut mengenai hukum memainkannya. Dan atas sebab itulah para ulama’ berbeza pendapat mengenainya (hukum main gitar).
Ada di antara mereka yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai ataupun tidak. Dan ada sebahagian yang lain pula yang mengharuskannya dengan syarat tidak memberi sebarang kemudaratan.
Selain itu, ada juga yang mengharuskan bermain alat muzik ini dengan syarat yang lebih terperinci:
1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti penagihan dadah, percampuran di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak menjadi lalai daripada melaksanakan segala kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Ringkasnya, jika anda ingin bermain alat muzik tersebut, maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk anda ambil. Namun begitu, janganlah kerana terlalu asyik memainkannya sehingga menyebabkan anda lalai dan leka dengan hiburan tersebut sehingga terlupa segala kewajipan agama ataupun kewajipan-kewajipan yang lain. Malahan sudah tidak sempat untuk hadirkan diri ke surau dan masjid untuk menghadiri kuliah agama ataupun untuk bersolat jemaah.

Pesanan dari Panel, hiburan memang diharuskan di dalam Islam, tetapi ia  hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan dan bukannya dijadikan sebagai perkara yang penting dalam kehidupan seharian.

Oleh yang demikian, jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat berjemaah dan menghadiri kuliah untuk belajar agama, maka inilah hiburan yang diharamkan oleh Islam. Wallahu ‘alam.







Walimatul Urus

PENGERTIAN WALIMATUL URUS

Walimatul urus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru. Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi. 


PENSYARIATAN WALIMATUL URUS

Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam. 

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)

TUJUAN WALIMATUL URUS
  • Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.
  • Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

  • Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.
  • Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:
    1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
    2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
    3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.

    4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.
  
HUKUM MENGADAKANNYA
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".

HUKUM MENGHADIRINYA
Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG
i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.
ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.
iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.
iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.
v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.
vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.
vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.
viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.
ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.